Permainan Video.. hobi baru
Permainan video menggunakan PC, Sony Playstation, Gameboy dan yang paling terbaru dengan menggunakan telefon bimbit(handphone/mobile phone). Permainan ini mudah didapati dengan semudah download melalui internet atau dapatkannya dari mana-mana kedai-kedai yang ada menjual handphone. Ini merupakan hobi atau ada yang menjadi ketagih dengan permainan video.
Tapi sebaliknya jika kita diajak untuk membangun permain video. Ruangan ini diharap dapat membantu sesetengah dari pembaca yang ada asas dalam multimedia dan sedikit pengetahuan atau skill dalam aturcara. Ini merupakan hobi terbaru saya, setakat ini hanya dengan beberapa teman saja.
Apa yang menjadi faktor utama yang boleh menghalang atau membuatkan niat seseorang untuk membangunkan permainan video terhalang(kantoi).
|
|
Semua masalah yang disenaraikan di atas, tidak penting lagi jika membangunkan permainan video ini cuma sebagai hobi. Memandangkan kebanyakkan rumah sudah mempunyai komputer peripadi(pc) dan terdapat banyak software yang percuma (open source). Ini termasuk untuk melukis GIMP, dan beberapa game-engine yang sedia ada di internet. Apa kata, download dan start membangunkan permainan video sendiri. Ini memang menyeronokkan kerana membangunkan aplikasi yang melibatkan multimedia boleh dikongsi bersama. Ianya berbeza dengan aplikasi yang dibangunkan untuk tujuan mengurus dan menyelenggara maklumat kerana ianya hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja.
Bermulalah dengan permain video 2D, cukup sekadar satu level sahaja untuk permulaan. Pastinya ramai yang tahu game seperti mario, sonic dan mana-mana game yang sekategori dengannya. Game seperti ini dikenali sebagai platform-game dan kebiasaannya ia adalah dalam bentuk 2D (2-dimensi)
Anda perlu mengawal seekor binatang warna biru… cute gak la..rupanye. Tapi saya tak pasti dari spesis mana. Game ini bertema kan kelajuan(speed), itu adalah teras nyer la… selain itu untuk menyeronokkan lagi.. anda perlu mengumpul seberapa banyak gelung-gelung kuning dan mempertahan diri dari dicederakan. Untuk melawan musuh boleh gunakan rambut yang berduri tu(terpacak).Tool percuma yang sedia ada di internet:
| Perhatian: | kesemua tool di atas support SDL, sesuai la utk game 2D. ok la utk starter kan..rasa nyer ia merupakan hobi yang menyeronok kan juga.. |








Wah, Sonic! Saya memang meminati game ni. Sejak kecil lagi. Kalau nak tahu, Sonic ni adalah sejenis ‘hedgehog’ iaitu tergolong dalam keluarga landak. Lebih kurang macam tulah rasanya. Tak hairanlah ada duri di belakang badannya.
Tapi kenapa kulitnya berwarna biru, taklah saya tahu apa sebab musababnya! ;3
miorkhabir
April 16, 2008