Bagaimana mengesan perlanggaran (GTGE)

Posted on April 24, 2008. Filed under: Game development | Tags: , , , , , |

Bagi pereka permainan video mengesan perlanggaran di antara objek-objek yang terdapat di skrin komputer merupakan suatu kemestian. Terdapat beberapa kajian dilakukan bagi mengesan perlanggaran ini. Kaedah-kaedah ini terlalu komplek tapi dengan adanya GTGE ia telah mempermudahkan hidup anda. Namun ini tidak bermakna anda tidak perlu memikirkan “dimana” dan “yang mana” perlu diguna pakai didalam permaianan video yang anda bangunkan.

GTGE menyediakan pustaka(library) utuk mengesan perlanggaran seperti:-

  • CollisionBounds
  • BasicCollisionGroup
  • AdvanceCollisionGroup

Masih terdapat dua lagi pustaka yang boleh digunakan untuk mengesan perlanggaran didalam permainan video yang anda bangunankan, tetapi ianya memadai jika anda mahir menggunkan 3 yang disenaraikan diatas.

Masalah kedua, dimana hendak dimasukkan pengesan perlanggaran ini. GTGE menyediakan pustaka GameObject yang perlu diwarisi(inherit) bagi setiap ruang permainan(playfield). Ruang permainan ini pula mengandungi pelbagai item dan objek di dalamnya seperti bonus, musuh dan halangan.

Perlanggaran dengan sempadan medan permaian untuk memastikan watak atau hero yang anda kawal tidak terkeluar dari medan permainan begitu juga dengan mana-mana item atau objek yang terdapat di medan permainan tersebut. CollisionBounds adalah pilihan yang terbaik, dimana anda yang perlu meletakkan nya di ruangan permainan(playfield).

Perlanggaran dengan bonus atau item yang tidak memerlukan begitu terperinci anda boleh gunakan pustaka BasicCollisionGroup. Bina satu pustaka seperti BONUS yang gunakan BasicCollisionGroup untuk menangani perlanggaran jenis ini. ia sangat untuk bonus yang porlu dikumpulkan sepanjang permainan.

Perlanggaran dengan musuh di sini AdvanceCollisionGroup. Ia membolehkan anda memastikan perlanggaran itu benar-benar berlaku ianya sesuai bagi menentukan peluru dari pihak musuh benar-benar telah mengenai sasaran begitu juga sebaliknya.

Setakat ini dulu…nanti cerita lagii..bye


Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Recently on Ridzuanmo’s Weblog...

Buat , Main dan Kongsi kan : Part-1

Posted on April 16, 2008. Filed under: Game development | Tags: |

Permainan Video.. hobi baru

Posted on April 7, 2008. Filed under: General | Tags: , , , , , , |

Hello world!

Posted on April 3, 2008. Filed under: Uncategorized |

    About

    Apa jua ilmu pengetahuan yang melibatkan komputer, mobile dan membangunkan aplikasinya.

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • Komen-komen terkini bagi semua kiriman dalam RSS
    • Subscribe in Rojo

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...